4 Langkah Penting Membuat Perancangan Kewangan

Tip Rancang Kewangan

Perancangan kewangan merupakan langkah pertama untuk mengurus kewangan anda. Terdapat 4 langkah penting yang perlu diambil untuk membuat perancangan kewangan iaitu:

Langkah 1: Menetapkan matlamat kewangan anda

Matlamat kewangan mencerminkan apa yang anda hendak lakukan dengan wang anda dalam tempoh yang tertentu. Penentuan matlamat akan memastikan anda berbelanja serta menyimpan secara teratur untuk mencapai matlamat anda.

Matlamat ini boleh berbentuk jangka masa pendek, sederhana atau panjang  bergantung kepada faktor-faktor seperti usia, pendapatan, taraf perkahwinan dan jumlah tanggungan.

4 Langkah Penting Membuat Perancangan Kewangan

Langkah 2: Jejaki ke Mana Perginya Wang

Seterusnya, anda perlu memantau tabiat berbelanja anda. Mulakan dengan merekod segala perbelanjaan dalam tempoh tertentu, contohnya, selama lapan minggu. Ini bertujuan untuk mengetahui ke mana wang anda telah dibelanjakan, bukan untuk mengurangkan perbelanjaan.

Langkah 3: Menilai Tabiat Berbelanja

Anda perlu menilai tabiat berbelanja sekiranya anda tidak mempunyai sebarang lebihan wang pada akhir bulan atau ingin meningkatkan jumlah simpanan.Teliti senarai perbelanjaan harian dan nilai sama ada ia merupakan keperluan atau kehendak. Kurangkan perbelanjaan yang berkaitan dengan kehendak. Kenalpasti dan elak tabiat buruk ketika berbelanja.

Langkah 4: Menulis Rancangan Perbelanjaan

Setelah anda mengkaji tabiat berbelanja anda, anda boleh membuat pelan perbelanjaan yang akan membantu anda mencapai matlamat kewangan anda. Anda boleh menggunakan “Buku Pengurusan Belanjawan Keluarga” yang diterbitkan oleh Bank Negara Malaysia untuk membantu pengguna membuat dan memantau perbelanjaan harian, bulanan dan tahunan.

1 thought on “4 Langkah Penting Membuat Perancangan Kewangan

Leave a Comment