9 Perkara Tentang Facebook Ads Yang Perlu Anda Tahu

9 Perkara Yang Perlu Anda Tahu Tentang Facebook Ads

Perkara yang wajib anda tahu tentang Facebook Ads

Facebook mempunyai ramai pengguna di seluruh dunia. Mengikut data yang di keluarkan pihak Facebook, pengguna Facebook sekarang sudah meningkat kepada hampir satu billion pengguna.

Paling menarik, angka pengguna Facebook sentiasa meningkat dari sehari ke sehari. Jika kita ibaratkan Facebook adalah satu negara, Facebook merupakan negara yang mempunyai penduduk ketiga tertinggi di dunia selepas China dan India.

Di Facebook Ads, anda boleh iklankan apa sahaja yang anda mahu asalkan ia mematuhi peraturan yang telah pihak Facebook tetapkan. Tidak seperti Google Adword, syarat untuk pengiklanan di Facebook Ads tidaklah terlalu ketat.

Facebook Ads menawarkan dua jenis iklan iaitu pay per click dan pay per view :

  • Pay per click (CPC) bermakna anda hanya bayar jika iklan anda di klik.
  • Pay per view (CPM) bermakna anda bayar bagi setiap 1000 kali iklan anda di paparkan di Facebook.

Kebiasaannya, iklan anda lebih kerap dipaparkan jika anda memilih pengiklanan Pay Per View (CPM)

Keisitimewaan Facebook Ads adalah anda boleh setkan pengiklanan anda untuk dipaparkan pada golongan yang tepat atau targeted.

Anda boleh pilih umur, jantina, tempat tinggal, minat dan berbagai kriteria yang lain ketika proses membuat iklan. Secara tidak langsung, iklan anda hanya dipaparkan kepada golongan yang anda pilih sahaja iaitu golongan yang berpotensi tinggi untuk membeli produk / perkhidmatan yang anda tawarkan.

Contohnya ketika proses memilih pilihan, anda telah pilih jantina perempuan, berumur 20 tahun ke atas dan beralamat di Malaysia. Apabila anda jalankan iklan anda atau run pengiklanan anda, iklan anda hanya di paparkan pada golongan yang menepati ciri – ciri yang anda pilih sahaja.

Rahsia dapatkan harga iklan Facebook Ads (FB Ads) yang rendah

Kos pengiklanan pula bergantung kepada sejauh mana anda bijak membida harga. Pada peringkat awal anda run iklan di Facebook Ads, biasanya anda perlu bayar mahal sedikit supaya iklan anda senang untuk di luluskan. Bagi akaun baru, mereka akan cepat approve iklan anda jika anda letakkan harga bida yang standard atau mahal sedikit.

Kemudian, secara perlahan – lahan, anda turunkan harga bida. Apabila akaun Facebook Ads anda sudah lama digunakan dan anda juga sudah terbukti membayar pada pihak mereka, anda di berikan keistimewaan membida harga iklan pada harga yang lebih rendah.

Pengiklanan di Facebook sangat menguntungkan kerana kosnya murah berbanding Google Adword dan tempat lain. Lagipun, pengguna Facebook agak responsif dan mereka akan klik iklan yang mereka rasa menarik.

Untuk lebih untung, dari semasa ke semasa anda review cara anda beriklan di Facebook dan sentiasa cuba mencari cara iklan yang paling menguntungkan.

1 thought on “9 Perkara Tentang Facebook Ads Yang Perlu Anda Tahu

Leave a Comment