Cara Mempercepatkan Rezeki Dalam Masa 40 Hari

Cara Untuk Memudahkan Rezeki Dalam Masa 40 Hari.

Nak tak jadi kaya?.

Nak tak jadi jutawan?

Kenapa nak jadi orang kaya?.

cara murah rezeki dalam 40 hari kenapa aku nak jadi kaya

Ya, saya mengaku, memang saya nak jadi orang kaya. Saya nak kaya, malah bukan setakat kaya, tapi saya nak jadi seorang jutawan. Bukan setakat jutawan, tapi bebas kewangan. Saya mahu mati dalam keadaan bebas hutang. Tidak mahu menyusahkan waris untuk melangsaikan hutang piutang saya. Tidak mahu roh saya tidak aman apabila telah masuk ke alam kubur.

Saya memilih berniaga sebagai jalan untuk saya jadi jutawan, jalan untuk saya jadi kaya.

Jadi, dari masa ke masa, saya belajar ilmu-ilmu perniagaan. Dari basic sehingga advance. Saya belajar tak tersusun. Sekejap belajar yang basic, sekejap belajar yang advance. Saya akui, saya sering tertarik pada benda-benda yang ‘fancy’ dalam perniagaan, sedangkan yang basic, masih tak kukuh.

Satu hari, ketika saya belajar Cara untuk Menjana RM 2,000 Sebulan, sifu menyuruh saya menulis MATLAMAT atau IMPIAN. Perkara pertama yang ditekankan ialah matlamat. Kerana matlamat ini akan menentukan hala tuju kita. Proses pembelajaran ini saya lakukan hanya di rumah sahaja, iaitu di depan laptop saya. Kerana saya beli rakaman webinar sifu ini.

Kemudian, sifu ini ada buat seminar. Saya mengambil peluang yang ada. Saya pun hadir ke seminar ini. Jauh bukan alasan. Jauh bukan halangan. Selepas seminar, ada sesi “Appreciation Day”.

Dalam sesi ini, sifu mengambil seorang peserta sebagai volunteer, tampil ke hadapan. Sifu bertanya, tentang target yang dimahukannya. Berapa figure income yang dimahukan?. Kenapa nak hit figure tersebut?.

Ini membuatkan minda saya tertanya-tanya.

Ya juga kan?.

Ramai orang yang nak kaya, tapi tak tahu kenapa nak jadi kaya.

Ramai orang nak jadi jutawan, tapi tak tahu kenapa nak jadi jutawan.

Saya lah tu salah seorangnya!.

Selepas itu saya mula sedar, jika kita tiada WHY factor, sebab KENAPA yang sangat kuat, kita tak akan dapat apa yang kita nak.

Kenapa nak kaya?. Kenapa nak jadi jutawan?.

Selain dari itu, dalam Ebook Spiritual Marketing yang saya baca, di bab awal, penulis menyarankan agar menyenaraikan 70 sebab kenapa nak jadi kaya.

Hah! 70 sebab?. 70???. Banyaknya!

Saya tak dapat nak senaraikan 70 sebab.

Dari sehari, ke sehari, saya mencari… kenapa saya nak kaya?. Kenapa saya MESTI kaya?.

Kadang-kala saya rasa, saya dah dapat jawapannya. Tapi kadang kala saya rasa saya tak tahu apa jawapannya.

Masih lagi menjadi teka-teki.

Masih lagi menjadi tanda tanya.

Allahu Akhbar…. Allah Maha Besar.

Akhirnya, malam tadi, saya menemui jawapannya.

Subhanallah…

Alhamdulillah…

Saya menemui jawapannya dalam video “Percepatan Rezeki dalam 40 Hari dengan Otak Kanan” – Ceramah Ustaz Ippho Santosa di Surau Istiqamah, Balik Papan, Indonesia.

Jujurnya, saya baru dengar suku sahaja ceramah ini.

Tapi saya dah menemui jawapannya.

Ceramah ini menambah keinsafan, membangkitkan saya dari tidur yang lena.

Semestinya, kita perlu KAYA HARTA, KAYA HATI, KAYA MINDA.

Kenapa kita sebagai umat Islam MESTI kaya?.

Jika anda juga pingin menjadi kaya, yok tonton dan dengar video ini.

Jom kaya beramai-ramai!.

Allahumma Amiin.

Biiznillah.

Leave a Comment