Cara Mengatasi Tak Cukup Masa | Tak Cukup Masa Sebab Curi Masa Orang Lain

cara mengatasi tak cukup masa

Selalu tak, rasa macam masa tak cukup, terkejar-kejar masa?. Apa yang menyebabkan kita rasa macam masa tak cukup, sibuk je memanjang. Baru-baru ni, saya tersedar apabila terbaca artikel  “Patutlah Masa Tak Cukup!” di ebook “Apa Saya Perhatikan : 53 Rahsia Diri Orang Kaya Terus Kaya” karya Syed Faiz.

Kita tak cukup masa sebab kita curi masa orang lain. Ia berlaku secara spontan dalam kehidupan seharian kita tanpa kita sedari. Pernah tak nampak orang potong barisan ketika hendak membeli makanan?. Pernah tak tengok kereta lain yang datang kemudian memintas barisan kereta yang panjang sementara menanti lampu isyarat bertukar hijau?. Pernah tak menggunakan lorong kecemasan ketika kesesakan di lebuh raya, sehingga menyebabkan jalan semakin sesak?.

Semua ini sebenarnya perbuatan mencuri masa orang lain. Ya, mencuri masa orang yang sabar beratur sejak dari awal. Orang yang memintas rasa mereka telah jimat masa 10 minit tak perlu beratur, tetapi sebenarnya mereka ini telah mencuri masa orang / kereta yang sedang berbaris. Jika ada 10 kereta sedang berbaris, maksudnya, mereka telah mencuri 100 minit masa orang lain. Jika setiap hari mengamalkan tabiat mencuri masa ni, 2800 minit masa orang lain dicuri.

Hukum alam sangat mudah, apa sahaja yang kita ambil kita perlu beri balik. Jadi, apabila kita mengambil masa orang lain, Allah akan ambil balik masa kita. Allah Maha Adil.

Saya tersentap sedikit apabila membaca artikel ringkas ini. Ya, sebab saya sendiri pun ada buat salah satu contoh yang saya berikan di atas iaitu memintas kereta lain ketika lampu merah. Tapi saya tak pintas ketika lampu merah. Apabila lampu sudah hijau, saya ke barisan sebelah yang kosong dan bila tiba di hadapan untuk belok, saya terus belok. Kategori potong barisan lah juga ni kan?. Lagi satu, saya curi masa orang lain kerana membiarkan orang lain menunggu saya.

Sejak terbaca artikel ini, saya cuba mendisiplinkan diri, tak nak potong barisan dan tak nak buat orang lain tunggu saya lama. Orang yang berjaya bijak menguruskan masa dan menghormati masa orang lain. Oleh kerana saya mahu berjaya, maka saya mahu mencontohi sifat orang yang berjaya ini.

Lagipun, di akhirat kelak, kita akan ditanya mengenai masa, bagaimana kita menggunakan masa ketika kita hidup. Semua orang pun diberikan 24 jam sehari, tetapi setiap orang mempunyai pencapaian yang berbeza-beza. Ada orang dalam masa yang singkat boleh siap banyak kerja, tetapi ada juga yang dalam masa sehari, 1 kerja pun tak siap.

Belajar untuk menghargai masa. Barulah rasa masa 24 itu cukup!. Masa itu lebih berharga dari emas. ~ Talking to myself! 🙂

Leave a Comment