Lebih Baik Puji Seseorang Dengan Lafaz Begini

Alhamdulillah cara betul memuji seseorang mengikut islam

Alhamdulillah, pada hari Jumaat penghulu segala hari yang mulia ini, saya belajar 1 lagi perkara. Perkara yang selalu saya terlepas pandang. Selama ini saya tak sedar. Selepas ini, InsyaAllah, dengan izin Allah, saya akan baiki apa yang saya ucapkan ketika memuji dan meraikan rakan-rakan dan insan-insan yang saya sayang.

Setelah membaca artikel bertajuk “Memberi Pujian” yang ditulis oleh saudara Fuad Latip dalam ebook beliau “Jiwa Positif & Hidup Bertuhan” volume 2: Memiliki Kesedaran Tertinggi ini, hati saya tergerak untuk berkongsikan apa yang saya pelajari ini kepada rakan-rakan. Dah lama blog ini saya tak update, jadi saya kongsikannya di sini agar ilmu bermanfaat ini dapat dibaca dan diamalkan oleh lebih ramai orang. Allahumma Amiin.

Memberi Pujian

“Segala PUJI bagi ALLAH S.W.T, Tuhan sekelian Alam.
Allah mendengar akan orang yang memuji-Nya.
Ya Tuhan kami! Bagi-Mu segala puji”
.
Kita akan melafazkan segala puji bagi Allah SWT sekurang-kurangnya 17 kali di dakam Al-Fatihah dan 17 kali ketika iktidal di dalam solat 5 waktu sehari semalam. Malah kita melafazkannya berulang kali ketika berzikir. Kita melafazkannya lagi setelah kita makan, setelah kita diberi kejayaan, setelah kita mendapat berita gembira yang baik dan sebagainya.

Namun, sejauh mana ‘segala puji bagi Allah SWT’ meresap ke dalam jiwa kita?. Di kala kita mengungkapkan kata-kata tersebut, adakah kita memahami sebenarnya kata puji itu bermakna, SELURUH PUJIAN DAN SELURUH APA YANG ADA DI LANGIT DAN DI BUMI BESERTA ISINYA ADALAH LAYAK DAN MILIK HANYA UNTUK ALLAH SWT.
Jika semuanya adalah milik Allah, maka aa lagi yang berhak menjadi milik manusia? Sedarlah bahawa kita MANUSIA TIDAK MEMILIKI APA-APA.

Nah! Di sini kita mampu mendidik diri kita dan juga sahabat-sahabat kita agar memuji diri dan mereka dengan kata-kata pujian yang mengingati Allah. Sekurang-kurangnya diri kita dan mereka tidak terlalu bangga sehingga riak, lupa diri, takabur, sombong, hebat, ego dan sebagainya apabila menerima sesuatu kejayaan daripada Allah.

Hayati iktidal kita setelah kita bangun dari rukuk dengan merasakan bahawa diri kita tidak punya apa-apa kerana segala-galanya adalah milik Allah SWT.

maksud bacaan iktidal ketika solat

“Allah mendengar akan orang yang memuji-Nya.
Ya Tuhan kami! Bagi-Mu segala puji.”

Cara Betul Memuji Seseorang

Di masa kita biasa memuji seseorang kerana kehebatan mereka dengan kata-kata,
“hebatnya kamu”,
marilah kita tukarkannya kepada,
“Alhamdulillah, terima kasih Allah kerana memberikan kamu kehebatan”.
Ketika memuji kecantikan,
“cantiknya kamu”,
tukarkan kepada “Alhamdulillah,
terima kasih Allah kerana menjadikan kamu cantik”.
Ketika memuji kejayaan,
“tahniah kerana berjaya”,
tukarkan kepada
“Alhamdulillah, terima kasih Allah kerana memberikan kamu kejayaan”.
Ketika memuji kepandaian,
“pandainya kamu”,
tukarkan kepada
“Alhamdulillah, terima kasih Allah kerana menjadikan kamu pandai”.
Ketika memuji kebaikan,
“baiknya kamu”,
tukarkan kepada
“Alhamdulillah, terima kasih Allah kerana memberikan kamu sifat kebaikan”.
Ketika memuji rakan yang telah berubah,
“Alhamdulillah, kamu telah berubah”,
tukarkan kepada
“Alhamdulillah, terima kasih Allah kerana memberikan hidayah kepada kita”.
Beranikan diri untuk mengungkapkannya kepada sahabat kita ketika mereka menerima sesuatu daripada Allah SWT. Mengapa kita bimbang untuk mengatakan sedemikian?. Sedangkan ia adalah hakikat yang perlu diterima oleh semua yang percaya bahawa TIDAK ada Tuhan melainkan Allah SWT.

Moga Allah memberikan kekuatan kepada saya dan anda yang membaca artikel ini agar mengubah lafaz memuji rakan-rakan selepas ini.

p/s: Sejak tahun lepas (2014), seringkali juga saya menjadikan ebook “Jiwa Positif & Hidup Bertuhan” yang ditulis dari hati saudara Fuad Latip sebagai bahan bacaan dan santapan rohani. Melalui ebook beliau volume 1: “Komunikasi Dengan Allah”, saya mula belajar untuk berkomunikasi dengan Allah. Indahnya berkomunikasi dengan Allah, sehingga rasa tak nikmat bercerita masalah dengan manusia. Jika anda ada masalah dan ingin berkomunikasi dengan Allah, klik sahaja link di bawah ini untuk download ebook ini secara PERCUMA. Walaupun ebook ini percuma, tapi nilainya lebih mahal dari intan berlian. Andai mahu belajar sesuatu, downloadlah. Moga hidayah Allah sentiasa mendampingi kita. Biiznillah (dengan izin Allah).

>> Ebook Jiwa Positif & Hidup Bertuhan <<

Leave a Comment