Tentang Saya

Saya perkenalkan diri saya.

Nama saya Siti Syahida Binti Mohd Yasin. Saya masih lagi seorang pelajar di Universiti Teknologi Malaysia dalam bidang Kejuruteraan.

Sejak 2010, saya mula berjinak-jinak dengan dunia blogging dan mula belajar tentang buat duit dengan blog, terutama buat duit dengan program pengiklanan seperti Nuffnang, 8share dan Churp Chup. Pada masa yang sama, saya juga mula kenal buat duit dengan jawab survey di ipanelonline.

Pada 2011, saya mula buat duit dengan memenangi contest-contest yang dianjurkan oleh rakan-rakan blogger. Bermula dari contest kecil-kecilan ini, saya mula sertai contest yang lebih besar iaitu diperingkat Kebangsaan, iaitu Pertandingan Blog Kreatif, Pertandingan Menulis Esei Pengguna dan My Selangor Story Blogger Contest. Alhamdulillah, saya berjaya mendapatkan Naib Johan Pertandingan Blog Kreatif dan Saguhati Pertandingan Menulis Esei Pengguna.

Tahun 2011 boleh dikatakan zaman kegemilangan contest saya.  Syukur dan rasa gembira sangat.

Tahun 2012, saya mula melangkah setapak lagi kehadapan dengan menceburkan diri dalam bidang pemasaran affiliate. Saya mula mengorek rahsia kejayaan otai-otai affiliate. Namun begitu, tanpa sebarang panduan dan tunjuk ajar dari sesiapa, saya menggunakan kaedah try and error.  Saya cuba dan lihat hasilnya.

Usaha saya ini ada yang membuahkan hasil dan ada juga yang kurang berhasil. Saya teruskan bereksperimen. Alhamdulillah, kejayaan paling mengujakan saya apabila saya berjaya menjana 4 angka dalam tempoh seminggu cabaran affiliate yang saya ceburi. Affiliate tersebut adalah affiliate kerjaya. Pada masa itu juga, saya berjaya mendapat tempat top 10. Ini membakar semangat saya untuk teruskan usaha menguasai Pemasaran Affiliate.

Tahun 2013, pandangan saya tentang dunia affiliate berubah. Jika sebelum ini saya cuma try and error, tanpa sebarang strategi yang tersusun, kini tidak lagi. Perkenalan saya dengan Sistem Jualan Pro telah merubah pandangan saya terhadap pemasaran Affiliate 360 darjah.

Baru saya tahu rahsia disebalik kejayaan sebenar otai-otai Internet Marketer yang saya cari-cari selama ini. Dalam Sistem Jualan Pro, ada banyak ebook dan video tutorial mengajar macam mana untuk menjadi seorang agen affiliate yang berjaya.

Dari situ juga, saya mula merealisasikan impian saya untuk mempunyai produk sendiri. Jika sebelum ini saya asyik mempromosikan produk orang lain, saya teringin untuk ada produk sendiri dan mempunyai agen yang ramai untuk promosikan produk saya pula.

Alhamdulillah, Allah jadikan impian saya kenyataan. Bulan Disember 2013, saya berjaya juga menyiapkan sistem affiliate untuk produk sendiri (walaupun saya sebagai reseller) untuk produk ini, tetapi bagi saya ia adalah stepping stone untuk saya yang masih newbie ini. Produk tersebut ialah Ebook Seni Menulis 101 Impian.

Dengan ini, azam saya untuk tahun 2013 ini untuk mempunyai produk digital sendiri, dan juga mempunyai online shopping mall sendiri menjadi kenyataan.  Alhamdulillah. ^_^

Rasa sangat cepat Allah jadikan impian saya ini satu kenyataan. Sesungguhnya Dia yang memberikan apabila sudah tiba masa yang tepat. Capai impian dengan pergantungan kepada Allah. Itulah yang saya pelajari setelah khatam Ebook Seni Menulis 101 Impian ini. Minda saya semakin terbuka dan paling penting, hati. ^_^

Seronoknya menulis impian dengan memohon idea daripada Allah untuk menulis impian yang terbaik. Sesungguhnya Dia yang Maha Mengetahui, apa sahaja yang baik di sisiNya, pasti baik untuk saya.  Saya mengambil keputusan untuk menjual ebook ini kerana saya nampak banyak manfaat yang orang ramai boleh peroleh daripadanya. Di samping itu, apabila pembaca mengamalkan ilmu yang terdapat dapam ebook ini, sudah pasti saya akan dapat saham diakhirat juga kelak. InsyaAllah. Allahu Akhbar. ^_^

Jauh di sudut hati saya, saya juga mahu impian pembaca-pembaca SitiSyahida.my menjadi kenyataan. Dengan izin Allah, ia akan menjadi kenyataan ^_^.

Salam ukhwah dari saya,

Siti Syahida

Leave a Comment